Tuesday, April 2, 2013

Saya penat.

Saya penat jadi baik,
Saya nak menjadi seorang yang bisa bangkit mempertahankan diri,

Orang ramai mencari alasan mempersendakan saya,
Ya ALLAH, bantu la hambamu ini supaya bersabar.

Tuesday, March 26, 2013

Hari ini.

Ulangtahun kelahiranmu hari ini,
Saya ucap kepada awak dengan penuh keberanian dihati,
Seluruh jantungku mengucapkan jua kepadamu,

Hari ini,
Hari dimana ibumu melahirkanmu,
Hari dimana awak merasai dunia.

Hari ini jua saya memberanikan diri,
Hari ini jua saya berharap persahabatan kita bermula,
Hari ini jua Akan ku ingat selama saya mampu.



Monday, March 25, 2013

Ye, Awak.

Salam,
Maafkan saya menjenguk dan memikirkan mengenai awak,
Dalam hidup saya, Awak membawa maksud dua sahaja,
Mr.R dan Mr.F,
Dua-dua menangkap minat saya,
Ingin berkenalan apakan daya,
Saya tidak punya keyakinan yang tinggi ingin bersapa.

Setelah berfikir ,
Saya fikirkan bahawa saya perlu mendekatkan diri kepada ALLAH,
Dan kemudian everything will fall into places.

Sebelum membina masjid milik kita berdua,
Izinkan saya membina Masjid dalam hati saya ini,
Masjid yang hanya boleh didiami oleh saya dan Pencipta-ku,
Dan kemudian baharu saya ingin memasuki masjid yang kita bakal bina.

Di dalam masjid itu, bimbinglah saya ke jalan yang satu,
Jalan yang akan membawa kita kejayaan didunia dan akhirat,
Biarlah kita bersama-sama menjejakkan kaki ke syurga akhirat,
Jangan tinggalkan saya,
Kerana awak merupakan tali yang saya paut agar tidak sesat.

Pesanan buat awak,
Jangan tinggalkan saya.

2AM

Kau idamanku

Salam,
Saya masih ingat ketika saya umur 16,
Baru mendedahkan diri dalam pergaulan sosial.

Disitu anda muncul memberi nafas baru,
Pembaharuan pada masa saya perlukannya,
Terima kasih cinta.

Sunday, March 24, 2013

Awak punya suara yang saya suka

Oh,
Tiba-tiba jatuh hati dengan suara Seulong dari 2AM,
Suara yang mampu mencairkan hati saya.

Dengarlah lagu READING YOU dari 2AM,
Album terbarunya,
Nyanyian Seulong menusuk kalbu saya.

Awak, saya suka.

Awak.
Saya hanya mampu melihat dari jauh,
Tak punya keyakinan untuk mengutarakan hasrat di hati,
Kerana saya telah terbaca satu novel; bahawa kaum anda tidak mengemari perigi yang mencari timba, Kerana saya takut dilabel sebegitu,
Saya cuma senyap. 

Ya Allah,
Sekiranya dia jodohku,
Dekatkannya padaku,
Sekira tidak,
Jauhkan dariku.

Saya meminati awak kerana awak memenuhi kriteria calon hidup yang saya impikan,
Saya mahu disaat kita bina masjid kita,
Kita dapat hidup sederhana,
Menerima saya seadanya,
Oleh itu saya pilih awak yang saya rasa dapat menerima saya.

Tapi,
Ini hanyalah angan-angan saya,
Kerana nama saya awak tidak tahu,
Nama awak saya tahu,
Dari mana awak berasal saya tahu,
Maaf,
Jangan label saya 'stalker',
Cuma semuanya kerana CINTA.

Benarkah saya cinta?
Bercakap pun tidak pernah,
Adakah awak sedar kewujudan saya?
Saya pilih awak kerana saya mahukan seorang ADAM dalam hidup saya,
Yang boleh membimbing saya.
Ya Allah, Jika dia jodohku,
Biarlah dia mengetahui kewujudan SAYA.